Thursday, March 20, 2014

Kuih Cek Mek Molek



Cek Mek Molek ni kuih kegemaran saya sejak kecik lagi.Well, ore Kelate mano xsuko make kuih ni. Dulu selalu buat untuk arwah nenek sbb arwah suka makan kuih ni. So let's story cara nk buat kuih Cek Mek Molek

Bahan-bahan
300g Ubi Kentang (direbus dgn air garam)
100g Gula
750g Tepung ( ikot selera-saya slalu kurangkan tepung)

Cara-cara
1-ubi yang direbus, dilenyekkan sehingga lumat
2-masukkan tepung dan gaulkan sehingga sebati dan tidak melekit.
3- Doh kan dlm sebesar bola golf dan leperkan atas tangan (gambar dibawah)
4-isikan gula kedalam doh yg sudah dileperkan dan cantumkan dan bentukkan ia menjadi bujur.
5-Cek Mek Molek siap utk digoreng! AWAS..jgn makan dalam keadaan panas, kuatir nanti melecur terkena gula cair panas, tunggu la sejuk dulu baru enak dimakan.



Kek Red Velvet

Untuk Resipi ni, boleh digunakan untuk cupcake atau pun kek..ikut selera masing-masing

Kek 

Bahan-bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
3 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan koko 

2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu makan bicarbonate of soda/ Baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Gaulkan dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.


Cream Cheese


Bahan-bahan
250g cream cheese
125g butter
1/2 cup icing sugar
1/2 tea sponn vanilla essense


Cara-cara
1. pukulkan cream cheese dan butter sampai lembut.
2. gunakan speed paling perlahan dan masukkan icing sugar sedikit demi sedikit
3. tambahkan esen vanilla dan pukul sebati

Cheese in Jar

Untuk menu Cheese in Jar, ni saya baru belajar jugak.. xde la susah sangat nak buat..

Bahan-bahan:

250g Cream Cheese
1/2 tin susu pekat manis
Biskut Marie ( Dihancurkan )

Cara-cara 

1- Putarkan cream cheese dan masukkan susu pekat sampai kembang
2- biskut marie yang di hancurkan tadi, masukkan kedalam Jar dan diselangkan dengan cream cheese yang siap diputar tadi. Macam gambar kat sebelah ni.

Gunakan resipi ni, dah olahkan pada menu laen seperti OREO atau biskut-biskut lain. Selamat mencuba!






Saturday, March 26, 2011

Cupcake


bahan2 yg diperlukan
-250gram tepung coklat
-5 biji tel
ur ayam
-150gram mentega cair (cairkan)
-250gram gula

-150ml air panas baru mendidih








cara2 membuat

-pukul telur sehingga kembang

-masukkan gula sehingga larut

-masukkan mentega cair sehingga adunan sebati
-masukkan tepung coklat sedikit demi sedikit sehingga sebati
-masukkan air panas perlahan-lahan
-masukkan adunan kedalam adunan cup cake
-untuk lebih rasa coklat,masukkan coklat cip

-bakar/kukus selama 45minit dengan suhu 140 Celsius

-hidangkan dan hias mengikut citarasa anda

Puding Gula Hangus


Bahan-bahan


  • 3 sudu besar gula pasir

  • 1 tin susu pekat

  • 7 biji telur ayam

  • 1 cawan air


Cara-cara



  1. cairkan gula dalam loyang/bekas atas api sederhana kecil.

  2. Masak gula sampai kekuningan dan cair

  3. lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.

  4. Kepuk/pukul telur sampai berbuih

  5. masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati

  6. masukkan air.

  7. tuang atas gula yang dah beku tadi

  8. kukus sampai masak (45 minit)

  9. Bila dah sejuk terlangkupkan dan sedia di hidang

Friday, March 25, 2011

Kek Aiskrim



Bahan-Bahan:

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam

1 kotak kecil butter cookies

1 kotak kecil biskut oren

125 gm mentega

Strawberi secukupnya

Bahan inti:

Aiskrim perisa strawberi

Aiskrim perisa coklat

500 gm krim putar

Cara:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.
  • Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.
  • Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.
  • Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.
  • Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.
  • Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.
  • Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi

Kek Lapis Winter Sonata


Bahan-Bahan:

  • 20 biji putih telur
  • 16 oz. mentega
  • 1½ gelas tepung jagung
  • 1½ gelas tepung jagung
  • 1 gelas gula kastor
  • ½ gelas serbuk coffee Mate
  • 1 tin kecil Nestle Reduced Cream
  • 1 sudu makan perisa vanilla
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu teh butter oil
  • 3oz air sejuk
  • Pewarna Kuning dan hijau Muda

Cara-cara:

1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.

2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.

3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.

4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul

rata-rata.

5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu,

bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:

  • bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)
  • bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda
  • bahagian III - warna kuning

6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan

7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak

8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III

dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I

tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

Tuesday, March 15, 2011

Toping Kek

ISING TELUR
bahan2 (1biji kek):
-2biji putih telur (asingkan kuning telur)
-350 gram gula ising


cara2 membuat:
-putarkan/pukul putih telur sehingga betul2 kembang dan naik
-masukkan gula ising dan teruskan memukul.
-hiaskan pada kek anda mengikut cita rasa anda!


ISING MENTEGA

bahan2 (1 biji kek):
-200 gram mentega
-150 gram gula ising


cara2 membuat:
-putarkan mentega sehingga lembut dan naik
-masukkan gula ising dan teruskan memukul.
-jika mahu,anda boleh masukkan pewarna/perisa mengikut selera anda
-hiaskan pada kek anda mengikut cita rasa anda!



TOPING

bahan2:
-250gram coklat untuk memasak (cooking chocolate)
-3 hingga 4 sudu besar minyak masak

cara2 membuat:
-panaskan air dalam periuk besar.
-masukkan periuk kecil kedalam periuk besar.
-isikan coklat memasak kedalam periuk kecil dan biarkan cair.
-masukkan minyak dan kacau sebati
-hiaskan pada kek anda mengikut cita rasa anda!


Sunday, March 13, 2011

kek coklat (moist)



Terima kasih atas lawatan anda...
mcm mana nk buat kek coklat?

mudah je..
jom blajar..


 




bahan2 yg diperlukan

-250gram tepung coklat
-5 biji tel
ur ayam
-150gram mentega cair (cairkan)
-250gram gula

-150ml air panas baru mendidih





.


cara2 membuat
-pukul telur sehingga kembang

-masukkan gula sehingga larut

-masukkan mentega cair sehingga adunan sebati

-masukkan tepung coklat sedikit demi sedikit sehingga sebati
-masukkan air panas perlahan-lahan
-masukkan adunan kedalam loyang/bekas
-bakar/kukus selama 45minit dengan suhu 140 Celsius

-hidangkan dan hias mengikut citarasa anda