Friday, March 25, 2011

Kek Lapis Winter Sonata


Bahan-Bahan:

  • 20 biji putih telur
  • 16 oz. mentega
  • 1½ gelas tepung jagung
  • 1½ gelas tepung jagung
  • 1 gelas gula kastor
  • ½ gelas serbuk coffee Mate
  • 1 tin kecil Nestle Reduced Cream
  • 1 sudu makan perisa vanilla
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu teh butter oil
  • 3oz air sejuk
  • Pewarna Kuning dan hijau Muda

Cara-cara:

1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.

2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.

3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.

4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul

rata-rata.

5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu,

bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu:

  • bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)
  • bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda
  • bahagian III - warna kuning

6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan

7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak

8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III

dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I

tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

No comments:

Post a Comment